1. Prinsip Asas
Setiap Hos berhak menetapkan polisi pembatalan dan refund tersendiri. Polisi ini akan dipaparkan pada halaman homestay masing-masing.
Sebelum membayar, sila baca polisi hos dengan teliti. Dengan meneruskan pembayaran, anda bersetuju dengan polisi tersebut.
2. Cadangan Skala Refund (Rujukan Umum)
- Batal >14 hari sebelum check-in: refund penuh deposit (tolak caj gateway).
- Batal 7–14 hari sebelum check-in: refund 50%.
- Batal <7 hari sebelum check-in: tiada refund (bergantung budi bicara hos).
- No-show pada hari check-in: tiada refund.
3. Cara Memohon Refund
- Hubungi hos secara terus melalui WhatsApp yang tertera pada halaman homestay.
- Sertakan nombor rujukan tempahan dan sebab pembatalan.
- Refund akan diproses oleh hos ke akaun bank asal (bukan oleh BookStay).
- Tempoh pemulangan bergantung kepada gateway pembayaran (biasanya 3–14 hari bekerja).
4. Caj Yang Tidak Dikembalikan
- Caj gateway pembayaran (ToyyibPay / CHIP) tidak boleh dikembalikan.
- Yuran perkhidmatan platform (jika berkenaan) tidak boleh dikembalikan.
- Deposit rosak/kotor: mengikut budi bicara hos berdasarkan pemeriksaan.
5. Force Majeure
Dalam kes bencana alam, PKP, atau arahan kerajaan yang menghalang penginapan, Tetamu dan Hos digalakkan berunding secara baik untuk penjadualan semula atau refund separa.
6. Peranan BookStay
BookStay tidak memproses, meluluskan, atau menjamin refund. Sebarang pertikaian refund adalah antara Tetamu, Hos dan penyedia gateway pembayaran.