1. BookStay Adalah Platform, Bukan Pemilik
BookStay.my menyediakan perisian tempahan untuk pemilik homestay menguruskan senarai, kalendar, harga dan tempahan mereka.
Kami bukan pemilik, pengendali, ejen, atau penjual semulamana-mana homestay. Setiap homestay diuruskan sepenuhnya oleh pemilik masing-masing.
2. Verifikasi Hos
Kami melakukan pengesahan asas semasa pendaftaran hos (e-mel, telefon). Namun, kami tidak memeriksa fizikal setiap homestay dan tidak dapat menjamin kebenaran setiap penyenaraian.
Tetamu dinasihatkan untuk mengesahkan homestay melalui panggilan, gambar terkini, atau ulasan tetamu terdahulu sebelum membayar.
3. Amaran Penipuan
Sekiranya berlaku penipuan, penyalahgunaan, salah nyata atau pertikaian antara Tetamu dan Hos, BookStay.my tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kecederaan atau ganti rugi.
- Jangan bayar ke akaun peribadi luar dari sistem tempahan.
- Semak Google Maps dan gambar sebenar sebelum bayar deposit penuh.
- Elakkan tempahan pada harga yang jauh lebih murah dari pasaran.
- Simpan bukti pembayaran dan perbualan WhatsApp untuk rujukan.
4. Melaporkan Penyenaraian Bermasalah
Jika anda menjumpai penyenaraian yang mencurigakan atau menipu, sila laporkan kepada report@bookstay.my. Kami akan menyiasat dan menyingkirkan hos yang melanggar terma.
5. Penyelesaian Pertikaian
Pertikaian tempahan hendaklah diselesaikan secara langsung antara Tetamu dengan Hos. BookStay boleh membantu menyediakan rekod tempahan sebagai rujukan, tetapi tidak bertindak sebagai penimbang tara.
Kes penipuan yang serius perlu dilaporkan kepada pihak polis (PDRM) dan MCMC/CCID.